UPKO Beluran puji keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah

TELUPID – Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Beluran, Felix Joseph Saang menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan perbelanjaan besar bagi negeri Sabah serta kawasan luar bandar.

Felix berkata, peruntukan keseluruhan pembangunan sebanyak RM6.9 bilion kepada Sabah, termasuk peningkatan kadar Pemberian Khas di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada RM600 juta, menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap keperluan rakyat negeri ini.

“UPKO Beluran menyambut baik keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan Sabah terus menerima perhatian sewajarnya.

“Ia bukan sekadar sokongan dari segi pembangunan infrastruktur, tetapi juga kesejahteraan masyarakat luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Felix turut menzahirkan penghargaan terhadap tumpuan yang diberikan kepada projek infrastruktur utama seperti Lebuh Raya Pan Borneo, projek Talian Elektrik Southern serta naik taraf bekalan air luar bandar yang akan memberi manfaat langsung kepada ribuan isi rumah khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

“Masalah air dan elektrik masih membelenggu sebahagian kawasan di Sabah, termasuk di Telupid dan Beluran.

“Peruntukan khas untuk menaik taraf sistem air dan tenaga luar bandar amat dinantikan oleh rakyat di negeri ini,” katanya.

Felix yang juga merupakan Ketua Pemuda UPKO Pusat berkata, pelaksanaan projek pembangunan luar bandar seperti jalan perhubungan desa, penyediaan kemudahan asas serta program penambahbaikan ekonomi komuniti akan membawa perubahan besar kepada taraf hidup penduduk luar bandar sekiranya dilaksanakan dengan telus dan efisien.

“Kerajaan harus memastikan setiap projek yang diumumkan benar-benar dilaksanakan di lapangan.

“Keberkesanan pelaksanaan amat penting agar manfaat belanjawan ini sampai kepada golongan sasaran.

“Namun begitu, UPKO akan terus memperjuangkan pelaksanaan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh di Sabah, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perjuangan ini bukan semata-mata soal politik, tetapi soal keadilan untuk rakyat Sabah. Ia merupakan hak yang perlu dihormati dan dilaksanakan agar Sabah benar-benar menikmati hasil daripada sumbangan ekonominya sendiri,” katanya lagi.

Felix menjelaskan, pelaksanaan hak berkenaan akan memberi kesan positif kepada pembangunan negeri dan memperkukuh keupayaan kerajaan negeri dalam merancang pembangunan jangka panjang.

“Dengan kedudukan kewangan yang lebih stabil, kerajaan negeri akan dapat mempercepatkan pembangunan luar bandar, membuka lebih banyak peluang ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di seluruh Sabah,” ujarnya.

Menurutnya, UPKO kekal komited untuk menjadi suara rakyat Sabah dalam memperjuangkan keadilan, pembangunan seimbang serta penghormatan terhadap hak negeri di bawah MA63, seiring dengan matlamat Kerajaan MADANI yang inklusif dan progresif.

Related Posts

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR