Status tanah Kampung Sungai Baru disahkan bukan rizab Melayu atau kawasan MAS

KAMPUNG Sungai Baru disahkan tidak pernah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu atau kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) oleh pihak berkuasa, berdasarkan semakan rasmi yang dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang menjelaskan bahawa tiada sebarang sekatan pemilikan ke atas tanah di kawasan berkenaan, selain ia berstatus pajakan selama 99 tahun.

Menurut Zaliha, semakan rasmi tidak menemui sebarang rekod bahawa Kampung Sungai Baru pernah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu atau kawasan MAS, walaupun dakwaan itu pernah dikemukakan oleh beberapa pihak, termasuk bekas Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Tan Sri Ambrin Buang.

“Tiada rekod rasmi menunjukkan tanah berkenaan adalah tanah MAS atau rizab Melayu, walaupun ia disebut Ahli Dewan Diraja Selangor yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Tan Sri Ambrin Buang.

“Namun, saya mohon maaf kerana tidak boleh mengulas panjang isu ini memandangkan ia masih dalam proses pengurusan kes di mahkamah,” katanya pada sesi penerangan Hala Tuju Pembangunan Kampung Baru di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa pewartaan asal tanah MAS hanya membabitkan kawasan seluas 89.64 hektar, dan disahkan semula melalui ‘Federated Malay States Government’, bertarikh 26 Februari 1932 bertarikh 26 Februari 1932 dengan keluasan hampir 89 hektar.

Katanya, kawasan pentadbiran PKB merangkumi keluasan 121.7 hektar, yang terdiri daripada 88.99 hektar kawasan MAS, manakala baki 32.7 hektar adalah di luar kawasan MAS, termasuk Kampung Sungai Baru.

“Kawasan MAS memiliki 802 lot tanah milik dengan majoritinya adalah pegangan tanah selama-lamanya, manakala 415 lot bagi kawasan luar MAS dengan 288 lot pegangan tanah selama-lamanya.

“Sebanyak 127 lot bagi kawasan luar MAS pula pegangan tanah pajakan 99 tahun dengan baki pajakan antara 53 hingga 90 tahun sahaja,” katanya.

Dalam usaha meningkatkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu di kawasan itu, Zaliha berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan telah diarahkan untuk merangka dasar dan inisiatif baharu yang lebih inklusif dan mampan.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuklah pembabitan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam pembangunan semula Kampung Sungai Baru serta penetapan syarat bahawa rumah ganti yang ditawarkan dalam projek pembangunan hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu.

“Bagi meningkatkan peratusan pemilikan Melayu, selaras ketetapan dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya sudah mengarahkan dokumen dasar digubal, mewajibkan kepelbagaian jenis pembangunan, terutama di kawasan Kampung Sungai Baru.

“Ini supaya wujudnya kategori baharu seperti kondominium, SOHO, rumah kedai dan ruang pejabat mampu milik Melayu, selain meneruskan projek Residensi MADANI dan Residensi Wilayah,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar