Malaysia perhalusi, teliti cadangan tubuh pakatan ketenteraan negara Islam

KUALA LUMPUR – Penubuhan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara Islam perlu diperhalusi secara terperinci dalam memastikan ia benar-benar menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan serantau serta antarabangsa.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, Malaysia berpandangan sebarang bentuk kerjasama sedemikian tidak seharusnya hanya tertumpu kepada aspek ketenteraan semata-mata.

Menurutnya, pendekatan holistik yang turut merangkumi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kapasiti amat penting bagi memastikan objektif keamanan dan kesejahteraan dapat dicapai.

“Malaysia lebih cenderung untuk berpandangan bahawa sebarang bentuk kerjasama sedemikian hendaklah bersifat menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada aspek ketenteraan semata-mata.

“Malaysia komited menentang sebarang bentuk penindasan serta pencabulan hak asasi manusia termasuklah dasar pendudukan dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PN Padang Terap, Nurul Amin Hamid yang ingin tahu pendirian rasmi Malaysia terhadap kenyataan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani yang menggesa penubuhan satu pakatan ketenteraan negara-negara Islam bagi menghadapi dasar penindasan Israel.

Mengulas lanjut, Mohamad Alamin menegaskan sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin melalui penyelesaian dua negara berasaskan Persempadanan Pra 1967 dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Menurutnya, Malaysia aktif menyokong visi pengaman antarabangsa di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antaranya melalui penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) sejak 2007.

“Penyertaan sebegini melambangkan komitmen berterusan Malaysia terhadap usaha pengaman PBB serta menegaskan pendirian negara dalam menyokong keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa.

“Malaysia turut konsisten dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan penyelesaian dua negara berasaskan Persempadanan Pra 1967 dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negaranya,” ujarnya.

Katanya, Malaysia juga bersedia mengambil bahagian dalam sebarang bentuk operasi pengaman di Palestin sekiranya diwujudkan di bawah panji PBB.

Tambah beliau, Malaysia terus aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui koordinasi Kementerian Luar Negeri, agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perwakilan Malaysia di rantau kenal turut memainkan peranan penting dalam memudah cara pengagihan bantuan serta memberi gambaran situasi sebenar di lapangan pada khidmat Malaysia.

“Sekiranya wujud kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara Islam termasuk dari sudut penyaluran bantuan kemanusiaan, ia berpotensi memperkukuh solidariti umat Islam dan seterusnya meningkatkan keberkesanan usaha membantu rakyat Palestin,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff