Belanjawan 2026: Pemandu lori harap dapat subsidi, tambah kemudahan hentian rehat

GOLONGAN pemandu lori berharap Belanjawan 2026 memberi perhatian khusus terhadap kebajikan mereka termasuk subsidi kos pembaharuan lesen serta penambahbaikan kemudahan hentian rehat di lebuh raya.

Pemandu lori, Yazid Mat Nor Rashid, 58, berkata, kerajaan wajar menyalurkan bantuan secara langsung kepada pengangkutan darat seperti pemandu lori yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran bekalan barangan di seluruh negara.

“Kalau kerajaan nak bantu, bantulah pengangkutan seperti kami pemandu lori. Contohnya, bila kami nak hidupkan lesen, kami kena jumpa doktor, kena ambil Lesen Kenderaan Lesen Kenderaan Barangan (GDL). Tiga perkara itu saja pun sudah menelan kos tinggi.

“Kami ni sebenarnya pengangkutan paling utama. Kalau tak ada lori, macam mana barang nak sampai?” katanya.

Menurutnya, subsidi seperti pemeriksaan perubatan, lesen memandu serta Lesen GDL dan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang perlu diperbaharui setiap tahun mampu mengurangkan beban ditanggung pemandu lori.

“Kalau kerajaan boleh subsidi ‘medical check-up’, lesen, dan GDL, itu sangat membantu kami. Semua itu kami tanggung sendiri setiap tahun,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu lori, Iskandar Yasin, 54, pula berharap kerajaan dapat menambah baik kemudahan hentian rehat dengan menyediakan lebih banyak ruang parkir khusus untuk lori.

“Kalau jenis hentian rehat ni, kawasan parkir lori janganlah kereta masuk.

“Kalau boleh, tambah lagi ruang parkir untuk lori sebab kami pun perlu rehat selepas perjalanan jauh,” katanya.

Dia turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan bantuan kewangan kepada pemandu lori sebagai penghargaan atas peranan mereka dalam sektor logistik dan pengangkutan negara.

“Kalau boleh kerajaan bagi bantuan kewangan khas, alhamdulillah.

“Sekurang-kurangnya meringankan beban kami,” katanya.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran