6 PATI ditahan dalam operasi Imigresen Sandakan

SANDAKAN – Seramai enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Imigresen Sandakan, pada Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Khamis, operasi yang dilaksanakan pada 8 Oktober itu melibatkan enam pegawai penguat kuasa Omigresen Sandakan dan dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini.

“Hasil pemeriksaan terhadap 22 individu, seramai enam orang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Daripada jumlah itu, lima merupakan warga Filipina dan seorang warganegara Pakistan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Semua individu terbabit didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah dan kini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) akta yang sama.

Selain itu, dua majikan turut diberikan borang Imm.29 (Saman kepada Saksi) bagi membantu siasatan lanjut.

JIM menjelaskan, operasi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jabatan bagi memastikan kehadiran PATI di daerah Sandakan dapat dibanteras sepenuhnya.

“JIM menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PATI di kawasan masing-masing supaya tindakan segera dan berkesan dapat diambil,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, Imigresen Sabah menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi, menggaji atau bersekongkol dengan PATI.

“Tindakan tegas akan diambil berasaskan lunas undang-undang sedia ada bagi memastikan kestabilan serta keselamatan negara terus terpelihara,” jelas kenyataan itu.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang