3 maut, 3 cedera parah kenderaan dinaiki terbabas, terbalik

LAHAD DATU – Tiga warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki terbabas lalu terbalik di Batu 18 Jalan Sandau Lahad Datu-Sandakan, di sini, pada Khamis. 

Ketiga-tiga mangsa yang maut terdiri daripada dua wanita berumur 36 dan 38 tahun serta seorang lelaki berumur 41 tahun manakala tiga mangsa yang cedera parah ialah seorang lelaki berumur 43 tahun dan dua wanita berumur 40-an serta 46 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.05 petang sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian. 

“Sebaik tiba, didapati enam mangsa terlibat iaitu empat perempuan dan dua lelaki tersepit di dalam kenderaan. 

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas ‘rescue tools RTA’,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis. 

Menurut Sumsoa, tiga mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut manakala tiga mangsa lagi dikejarkan ke Hospital. 

Operasi kemudian tamat pukul 5.27 petang. 

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemancing yang dikhuatiri hilang dibaham buaya di Kampung Silabukan Peringkat 2, di sini, pada Selasa, belum ditemukan. 

Sumsoa berkata, SAR lelaki warga Indonesia berumur 36 tahun berkenaan yang memasuki hari kedua pada Khamis bermula pukul 8.48 pagi bersama agensi penyelamat lain. 

“Operasi pencarian menggunakan bot aluminium bomba di sekitar kawasan lokasi mangsa di percayai dibaham sehingga ke ladang seberang dengan radius pencarian 8 kilometer.

“Mangsa belum ditemukan dan operasi ditangguhkan pukul 5 petang tadi akan disambung semula pada Jumaat,” katanya. 

Pada Rabu, media melaporkan Bilik Kawalan BBP Lahad Datu menerima panggilan daripada IPD Lahad Datu berkenaan seorang mangsa dikhuatiri dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing bersama lima rakannya pada Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.

Mangsa disedari hilang ketika turun ke sungai untuk membaiki pukatnya dan pengadu mendakwa mereka mendengar bunyi kocakan serta percikan air sebelum mendapati kelibat mangsa tidak kelihatan.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel