Bekas juruteknik khianat curi komponen, kabel pencawang demi dadah

KUALA NERANG – Kegiatan seorang bekas juruteknik syarikat telekomunikasi mencuri komponen pencawang termasuk kabel bagi mendapatkan wang RM6,000 sebulan untuk membeli dadah sejak dua tahun lalu berakhir selepas ditahan pada 1 Oktober lalu.

Suspek berusia 37 tahun itu di rumahnya di Pendang, dekat sini.

Bapa dua anak itu disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut sehingga menyebabkan kerugian lebih RM600,000 di lima daerah iaitu Padang Terap, Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kes kecurian komponen di Kampung Tanjung, Padang Terap pada 30 September lalu.

“Dalam kejadian itu, beberapa peralatan dan komponen komunikasi hilang melibatkan kerugian RM112,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, di sini hari ini.

Katanya, hasil risikan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Terap dan Bahagian D4, Jabatan Siasatan Jenayah Kedah berjaya menahan tiga suspek.

“Suspek pertama berusia 37 tahun disyaki dalang utama ditahan tidak sampai tiga jam selepas laporan diterima. Dua lagi suspek berusia 31 dan 51 tahun disyaki pembeli barang curi ditahan hari sama di Alor Setar,” ujarnya.

Polis turut merampas beberapa komponen alat komunikasi dan pencawang dipercayai mempunyai kaitan dengan dua laporan polis yang dibuat.

“Kita merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah itu. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine selain memiliki empat rekod dadah,” jelasnya.

Katanya, suspek dipercayai mencuri pada waktu awal pagi dan memilih lokasi pencawang di kawasan pedalaman. Hasil jualan barang curi itu digunakan untuk membeli dadah bagi melepaskan ketagihannya.

“Dengan penahanan ini, kita percaya berjaya menyelesaikan 21 kes kecurian di empat daerah lain,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

KALABAKAN – Kawasan seluas 1,000 ekar tanah dikenal pasti bagi pembangunan sebuah Bandar Baharu Kalabakan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata, ia secara tidak langsung memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Luyang, Datuk Chan Foong Hin menegaskan kad pengenalan (MyKad) bukan sekadar dokumen pengenalan diri, tetapi juga lambang patriotisme dan instrumen penting dalam memastikan agihan subsidi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini