ECERDC raih RM5 bilion pelaburan direalisasi di Pahang

KUANTAN – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya memacu pelaburan direalisasi sebanyak RM5 bilion dan pelaburan komited RM3.9 bilion bagi negeri Pahang dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu membuktikan kedudukan Pahang sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan destinasi pelaburan berdaya saing.

Menurutnya, pelaburan direalisasi itu mewakili 90 peratus daripada sasaran ECERDC RM5.6 bilion bagi tahun 2025.

“Pelaburan itu diterajui sektor pembuatan (41 peratus), minyak dan gas (34 peratus) serta perkhidmatan (25 peratus) sekali gus mewujudkan 2,846 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat negeri ini.

“Sementara itu, pelaburan komited RM3.9 bilion yang menumpukan kepada sektor pembuatan (95 peratus) dan pertanian (5 peratus) dijangka menghasilkan 3,185 peluang pekerjaan tambahan setelah direalisasikan sepenuhnya,” katanya melalui kenyataan.

Wan Rosdy berkata, sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER Pahang di Putrajaya semalam, turut berlangsung acara pertukaran dokumen antara ECERDC dengan empat syarikat utama yang melabur di Pahang dengan nilai perlaburan RM1.6 bilion.

“Empat syarikat yang memeterai pelaburan di Pahang itu terdiri PKNP Fire Phoenix Data Center Sdn Bhd bagi menubuhkan Pusat Data AI, Sinolion Wheels Technology Sdn Bhd (rim roda aloi aluminium), Malaysian Solar Resources Sdn Bhd (kilang pembuatan teknologi hijau) dan Lionphos Sdn Bhd (fosfat gred makanan dan gred elektronik),” katanya.

Beliau berkata, turut diadakan penyerahan Pusat Konservasi dan Informasi Penyu Cerating kepada Jabatan Perikanan Negeri Pahang.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung