Warga asing dicekup disyaki jual dadah di Mukah

MUKAH – Polis menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan dalam satu serbuan di Jalan Pinang pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dilakukan sekitar 2.55 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemui 17 keratan straw lutsinar serta satu peket plastik mengandungi bahan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) yang disembunyikan dalam kotak rokok,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau menambah, rampasan berkenaan dianggarkan seberat 8.40 gram dengan nilai pasaran kira-kira RM840.

Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai buruh itu kini direman selama empat hari hingga 12 Oktober bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik