SWCorp siap sedia menjelang musim tengkujuh

KUANTAN – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) memberi jaminan kerja pembersihan pasca banjir ketika musim tengkujuh dilakukan dalam waktu yang pantas.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Malaysia, Khalid Mohamed berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui SWCorp diberi tanggungjawab sebagai agensi penyelaras bagi kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

“Pihak kami bersiap siaga sepenuhnya dalam membantu menyegerakan operasi pengurusan dan pelaksanaan pembersihan sebagai komitmen dalam pasca pemulihan banjir.

“Seperti mana tahun sebelum ini, kita melaksanakan kerja pembersihan pasca banjir dalam masa hanya dua atau tiga hari,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah (PERKISS) Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah SWCorp Pahang, Mohd Rohaidy Zulkifli.

Khalid berkata, pembersihan longkang awam bersama Alam Flora sememangnya dilakukan secara rutin, namun kejadian banjir kilat tetap berlaku.

Ini, katanya, disebabkan longkang tersumbat akibat tindakan segelintir masyarakat yang masih membuang sampah ke dalam sistem saliran itu.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan