PRN17 Sabah: STAR, SAPP keluar GRS tidak jejas kekuatan gabungan

SANDAKAN – Tindakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan menjejaskan kekuatan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau tidak melihat langkah dua parti berkenaan sebagai satu ancaman terhadap calon GRS, sebaliknya menganggap ia sekadar perbezaan pandangan dalam politik.

“Saya tidak nampak kenapa ia harus menggugat. Apa yang berlaku sekarang hanyalah perbezaan pendapat.

“Semasa mesyuarat presiden-presiden parti komponen GRS baru-baru ini, suasananya sangat baik dan kordial, tidak ada bercakap kasar dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Kepedulian Pemimpin Bersama Rakyat Sekong di Dewan Persatuan Hakka Sandakan di sini, pada Ahad.

Menurutnya, Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, dalam mesyuarat itu menyatakan hasrat untuk menggunakan lambang parti sendiri kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti dari Semenanjung.

“Datuk Seri Jeffrey kata dia mahu guna logo STAR kerana baginya sesiapa yang bekerjasama dengan parti dari Malaya dianggap pengkhianat.

“Tapi bagi saya, pandangan itu tidak tepat. 

“Kalau begitu, ramai yang boleh dianggap pengkhianat termasuklah pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Ronald Kiandee (Bersatu) dan sebagainya,” jelasnya.

Pandikar berkata, rakyat Sabah kini lebih matang dalam menilai dan memilih parti mana yang benar-benar memperjuangkan kepentingan negeri.

“USNO juga parti lokal, sama seperti STAR, SAPP dan Warisan. 

“Jadi terpulang kepada rakyat negeri Sabah untuk menentukan parti lokal mana yang mereka mahu sokong,” ujarnya.

Beliau turut menyindir tindakan segelintir pemimpin yang hanya mengkritik GRS menjelang pilihan raya selepas bertahun-tahun berada dalam gabungan tersebut.

“Kalau dulu empat tahun bersama GRS, kenapa tidak menghentam awal-awal?

“Sekarang bila pilihan raya makin dekat baru mahu hentam.

“Ini seolah-olah mahu ambil kesempatan selepas menikmati ‘madu’ dalam tempoh itu. 

“Saya tidak nampak keikhlasan di situ,” katanya.

Related Posts

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan