Diplomasi Orangutan: MPOGCF salur RM20,000 sokong pemuliharaan di Kinabatangan

KINABATANGAN – Usaha pemuliharaan hidupan liar Sabah mendapat suntikan baharu menerusi inisiatif Diplomasi Orangutan dengan pengumuman peruntukan khas sebanyak RM20,000 daripada Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF).

Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof berkata, inisiatif itu penting bagi memastikan orangutan dapat terus hidup bebas di habitat semula jadi tanpa diganggu aktiviti manusia, operasi perladangan mahupun pelancongan tidak terkawal.

“Langkah ini amat bertepatan dengan pengiktirafan UNESCO terhadap Kinabatangan sebagai Rizab Biosfera terbaru Malaysia pada 27 September lalu.

“Ia mencerminkan kesungguhan Malaysia dalam melindungi hidupan liar sambil menyeimbangkan pembangunan mampan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau turut memuji komitmen Sawit Kinabalu yang memperuntukkan 2,632 hektar di Ladang Sungai Pin sebagai kawasan Nilai Pemuliharaan Tinggi (HCV), habitat kepada kira-kira 55 ekor orangutan.

Tambah Yusran, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF berkata, kajian populasi bersama Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hutan dan MPOGCF sedang dijalankan untuk mendapatkan data terkini mengenai jumlah orangutan di Sabah, yang kini dianggarkan antara 10,000 hingga 11,000 ekor.

“Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh agenda pemuliharaan tetapi juga meningkatkan kredibiliti industri sawit Malaysia yang komited terhadap perlindungan biodiversiti,” katanya.

Sementara itu, Ationg menyifatkan SPnCA sebagai inisiatif perintis yang membuktikan industri sawit boleh berkembang seiring dengan perlindungan biodiversiti, pemerkasaan komuniti dan ekopelancongan.

“SPnCA adalah bukti bahawa Sabah berpotensi menjadi model global dalam landskap sawit mampan.

“Apabila industri, kerajaan dan komuniti berganding bahu, kita mampu melindungi hidupan liar seperti orangutan di samping menjamin kesejahteraan rakyat dan kelestarian industri untuk jangka panjang,” katanya.

Melalui Unit Pemuliharaan dan Biodiversiti (CBU), BSSB mengurus SPnCA di bawah Conservation Area Management Plan yang menekankan komitmen jangka panjang terhadap perlindungan biodiversiti.

SPnCA yang digelar sebagai ‘permata tersembunyi’ di Kinabatangan kini menjadi simbol kerjasama berimpak tinggi antara industri sawit dan usaha pemuliharaan alam sekitar.

Terdahulu, peruntukan itu diumumkan sempena majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPOGCF dan Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB), anak syarikat Sawit Kinabalu Group, di Kawasan Pemuliharaan Sungai Pin (SPnCA).

Related Posts

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

KOTA KINABALU – Dana pembangunan khususnya untuk Sabah dan Sarawak diharap dapat dikekalkan atau ditingkatkan menerusi Belanjawan 2027 bagi memastikan keperluan infrastruktur asas di kedua-dua negeri terus diberi perhatian. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

SANDAKAN – Seorang pegawai hal ehwal ekonomi sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan di sini, pada Khamis, terhadap 14 pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

  • By Fandi
  • October 8, 2026
Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara