Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

KOTA KINABALU – Dana pembangunan khususnya untuk Sabah dan Sarawak diharap dapat dikekalkan atau ditingkatkan menerusi Belanjawan 2027 bagi memastikan keperluan infrastruktur asas di kedua-dua negeri terus diberi perhatian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, pembentangan Belanjawan 2027 membawa berita baik untuk Sabah dan Sarawak, terutama dari aspek peruntukan pembangunan.

“Memang insya-Allah kita mengharapkan ada berita baik untuk Sabah dan juga Sarawak.

“Seperti yang saya telah sebut sebelum ini, kita minta supaya dana pembangunan terutamanya sama ada kekal ataupun ditingkatkan,” katanya ketika ditemui media selepas Penyerahan Sumbangan kepada Mangsa Banjir di Kampung Rampayan, di sini pada Khamis.

Menurutnya, Sabah masih memerlukan dana pembangunan yang besar berikutan keperluan terhadap penambahbaikan infrastruktur asas di negeri ini

“Jadi kita mengharapkan sebab seperti yang kita sedia maklum, infrastruktur asas kita di negeri Sabah ini memang masih banyak memerlukan dana pembangunan.

“Jadi kita tidak mahu dana pembangunan ini dikurangkan sebab contoh di isu banjir makin kerap, dan juga isu jalan raya serta masalah air.

“Dan kita memang masih memerlukan dana pembangunan yang setaraf untuk kita menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di dalam masyarakat,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi Belanjawan 2026, Sabah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM6.9 bilion, manakala Sarawak menerima RM6 bilion.

Related Posts

Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

SANDAKAN – Seorang pegawai hal ehwal ekonomi sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan di sini, pada Khamis, terhadap 14 pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

KUCHING – Kekurangan anggota kini menjadi antara cabaran utama yang dihadapi oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam memastikan kawalan di 36 pintu masuk negara di Sarawak dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

  • By Fandi
  • October 8, 2026
Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara