Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi membincangkan langkah segera menangani masalah jerebu yang melanda negara ketika ini.

Anwar berkata, tindakan itu perlu diambil susulan keadaan jerebu yang kini berada pada tahap membimbangkan dan boleh memberi kesan terhadap kesihatan rakyat.

“Berkaitan jerebu, ia memang berada pada tahap membimbangkan. Saya sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo dan beliau juga bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang perlu.

“Pada masa sama, Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Datuk Seri Arthur Joseph Kurup) juga menghubungi rakan sejawat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Tinjauan Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, kerajaan sejak beberapa minggu lalu sudah menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama berhubung isu berkenaan, terutama susulan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.

“Kita meningkatkan hampir saban hari operasi pembenihan awan (OPA) oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan beberapa agensi lain berkaitan tetapi keadaan masih merunsingkan.

“Namun, kita akan mencuba lagi. Malah, tadi saya sekali lagi meminta Menteri Luar untuk menghubungi Sekretariat ASEAN sekiranya boleh mengadakan lagi mesyuarat membabitkan menteri-menteri berkaitan alam sekitar ASEAN,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan akan terus mengambil langkah sewajarnya dan memantau perkembangan keadaan jerebu, termasuk menerusi kerjasama dengan negara jiran serta mekanisme serantau.

Terdahulu, jerebu terus menjejaskan negara apabila 38 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 1 tengah hari tadi, ketika kebakaran hutan dan tanah di Indonesia masih berterusan.

Antara kawasan merekodkan bacaan tertinggi ialah Segamat dengan IPU 189, diikuti Seremban (185), Nilai (184), Kluang (181), Johan Setia (179), Rompin (177), Larkin dan Pasir Gudang masing-masing 175 serta Cheras (174).

Related Posts

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

PUTRAJAYA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersetuju mengambil langkah perlu bagi menangani situasi yang menyebabkan jerebu di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, persetujuan itu dicapai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara

KOTA KINABALU – Seramai 12,000 usahawan berjaya dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di seluruh negara, meningkat berbanding lebih 500 orang yang direkodkan pada 2022. Menteri Komunikasi, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

  • By Fandi
  • October 8, 2026
Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara