iRandau 2025 tarik lebih 250 peserta dalam dan luar negara

BELAGA – Simposium Antarabangsa iRandau 2025 yang berlangsung di Kampung Lebu’ Kulit, Sungai Asap, Belaga sejak 1 Oktober lalu berjaya menghimpunkan lebih 250 peserta dari dalam dan luar negara.

Bertemakan “Bridging Gaps, Fostering Sustainability”, simposium anjuran Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) itu menampilkan pelbagai wacana merentas bidang sains sosial, ekonomi, pengurusan, teknologi, serta turut mengangkat tradisi, warisan Orang Ulu, pemerkasaan digital belia luar bandar dan jalinan kerjasama antara akademia serta komuniti.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata, tradisi Randau bukan sekadar dikekalkan di rumah panjang, malah kini berjaya diangkat ke peringkat antarabangsa sebagai identiti budaya dan tarikan pelancongan Sarawak.

“iRandau bukan sahaja mengekalkan keaslian tradisi, tetapi menjadikannya jambatan yang menghubungkan akar budaya dengan pembangunan moden. Ia kini muncul sebagai tarikan pelancongan global,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penutupan iRandau 2025 pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang menegaskan, Kerajaan Negeri komited merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar Sarawak melalui pembangunan infrastruktur dan pelaburan masa depan rakyat.

“iRandau 2025 membuktikan bahawa masyarakat luar bandar juga berpotensi besar dalam bidang keusahawanan digital, penciptaan kandungan serta kepimpinan komuniti,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Michael Mujah Lih; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon; Pengarah UPM Sarawak, Prof Dr Shahrul Razid Sarbini; Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee serta Ketua Kampung Lebu’ Kulit, Bujang Bit.

Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB), Pusat Belia Antarabangsa, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Penerangan Malaysia serta Business Events Sarawak.

Sejak diperkenalkan pada 2019, iRandau berkembang pesat sebagai platform ilmu yang mengukuhkan peranan universiti bukan sahaja sebagai pusat penyelidikan, malah sebagai rujukan komuniti di Borneo.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan