Sarawak terus menyokong perjuangan rakyat Palestin – Abdul Karim

KUCHING – Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa rakyat Malaysia khususnya di Sarawak sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang berdepan penindasan berpanjangan.

Beliau berkata, walaupun Sarawak kini giat meraikan kemeriahan penganjuran Sarawak Regatta – Kuching Waterfront Festival 2025, penderitaan rakyat Palestin tidak pernah dilupakan.

“Kita beruntung dapat berkumpul dalam suasana aman dan harmoni di Sarawak. Namun, kita tidak boleh menutup mata terhadap nasib saudara kita di Palestin yang terus menderita. Kita sentiasa bersama mereka dalam doa, sokongan dan solidariti kemanusiaan,” katanya.

Menurut Abdul Karim, isu Palestin bukan hanya soal agama, tetapi soal kemanusiaan sejagat yang menuntut keprihatinan seluruh dunia.

“Sarawak menyokong penuh sebarang usaha damai dan bantuan kemanusiaan yang mampu meringankan beban rakyat Palestin. Kita mahu dunia bertindak lebih tegas agar keadilan dan keamanan dapat ditegakkan,” ujarnya.

Beliau menambah perbuatan rejim Zionis di luar perikemanusiaan dan menzalimi penduduk Gaza.

“Sedangkan haiwan sendiri tidak melakukan perbuatan yang zalim sedemikian. Rejim Zionis selayak digelar ‘human animal’ (manusia berhati binatang), tidak layak digelar manusia,” ujarnya.

Beliau turut mendoakan keselamatan kepada para aktivis Global Sumud Flotilla dan akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin terutama di Gaza.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai