Bersatu bergolak, Pas sudah ambil haluan

PERGOLAKAN dalaman Bersatu semakin jelas sejak Perhimpunan Agung Tahunannya.

Apa yang sepatutnya Perhimpunan Agung Tahunan menjadi medan mengukuhkan perpaduan parti, kini bertukar menjadi gelanggang pertembungan antara kem Muhyiddin Azmin dengan kem Hamzah.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, keretakan ini bukan sahaja menjejaskan keyakinan ahli akar umbi, malah menimbulkan persoalan sama ada Bersatu masih mampu berfungsi sebagai parti politik yang stabil.

Katanya, senario hari ini lebih ketara, keretakan ini mengheret hubungan Bersatu dengan Pas ke tahap yang lebih rapuh.

“Kini Pas tidak lagi menunjukkan minat kepada kepimpinan Muhyiddin mahupun Azmin, sebaliknya memilih untuk lebih mesra dengan kem Hamzah.

“Situasi ini mendedahkan kedudukan sebenar Bersatu dalam Perikatan Nasional dan mereka bukan lagi rakan setara, sebaliknya sekadar pelengkap yang bergantung harap pada belas ihsan Pas.

“Dalam PN Pas sedang cuba nak jadi tuan rumah dan Bersatu sebagai penyewa,” katanya.

Tambah Mahfuz lagi, apabila rumah tangga sendiri pun tidak mampu dipertahankan, bagaimana Bersatu dan Pas mahu diyakini sebagai parti yang boleh memimpin negara?

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok