Bekas pengurus palsukan dokumen penempatan kerjaya graduan RM748,000

KANGAR – Senarai ratusan graduan yang kononnya berjaya diserap bekerja rupa-rupanya hanyalah palsu apabila seorang bekas pengurus syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, A. Christopher, 48, didakwa memalsukan Laporan Program Intervensi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bernilai sehingga RM748,000 pada Disember 2015.

Menurut kertas pertuduhan, dokumen itu mengandungi senarai 113 graduan sebuah universiti yang dikatakan mengisi jawatan di Orins Group International serta 102 graduan lain kononnya ditempatkan di Nuriftitah D&D.

Tindakan itu didakwa dilakukan di Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan, Universiti Malaysia Perlis (U), Arau dengan niat menipu pihak tertentu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), S. Sujatha memohon jaminan RM200,000 selain syarat menyerahkan pasport serta melapor diri setiap bulan.

Namun, peguam tertuduh, K. Hari Krishnan merayu jaminan direndahkan kerana anak guamnya kini hanya bekerja sebagai e-hailing selain menanggung isteri, dua anak dan ibu bapa.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid kemudiannya menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin bermastautin di Perlis serta tertuduh perlu melapor diri di SPRM Kuala Lumpur setiap bulan sehingga kes selesai.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok