Sabah sumbang 73% pengeluaran koko negara

TENOM – Sabah terus mengukuhkan kedudukan sebagai penyumbang utama pengeluaran koko negara dengan merekodkan sumbangan 73 peratus daripada keseluruhan hasil koko Malaysia bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, Tenom muncul sebagai penyumbang terbesar dengan 55 tan metrik atau 47 peratus daripada pengeluaran Sabah, sekali gus membuktikan pedalaman negeri itu menjadi nadi penting industri koko Malaysia.

“Kawasan ini diseliakan oleh Unit Lembaga Koko Malaysia (LKM) Tenom meliputi kawasan di Sook, Keningau, Tenom, Nabawan dan Sipitang dengan tanaman koko seluas 360 hektar dan diusahakan oleh 554 orang petani.

“Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2025, data hasil petani mencatatkan Sabah menyumbang anggaran 118 tan metrik atau 73% dari jumlah pengeluaran biji koko negara iaitu anggaran 161 tan metrik.

“Zon Tenom menyumbang anggaran 55 tan metrik atau 47% dari jumlah pengeluaran keseluruhan di Sabah,” katanya ketika merasmikan Kursus Pasca Tuai dan Penggredan Biji Koko Kering Zon Kemabong di Dataran Kemabong di sini pada Selasa.

Katanya, seiring dengan permintaan koko tempatan yang semakin meningkat, kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) komited membantu petani meningkatkan hasil pengeluaran.

“Antara program yang sedang dilaksanakan adalah Program Pemulihan Kebun Koko dalam tempoh 3 tahun iaitu bermula tahun 2024 sehingga 2026.

“Ia melibatkan 2,084 orang petani dan 1,344 hektar kawasan tanaman koko di Sabah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Oleh itu, nilai insentif setiap hektar yang diberikan oleh Kerajaan kepada petani koko adalah di antara RM3,500 hingga RM4,000 sehektar,” ujarnya.

Pada majlis itu, peserta turut menerima input pertanian berupa baja sebatian NPK biru, racun serangga, racun kulat serta 10 anak benih koko melalui program galakan tanaman koko.

Jelasnya, kesemua insentif ini adalah kesungguhan Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui agensi pelaksana LKM, dalam membangunkan sektor huluan industri koko Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi, di samping meningkatkan pendapatan pengusaha tanaman koko.

Tambahnya, beliau yakin pemberian input pertanian tersebut akan mampu membantu petani koko bagi tujuan pertumbuhan industri koko yang lestari dan berdaya tahan.

Related Posts

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

PUTRAJAYA – Usaha pencegahan awal rasuah perlu diperkukuh dengan mengenal pasti serta menangani kelemahan yang berpotensi membuka ruang terhadap amalan tidak beretika itu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di seluruh negara bagi tempoh 2010 hingga Julai lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri