Arsenal tewaskan Newcastle, mula tunjuk karektor bakal juara EPL

ARSENAL membuktikan keazaman untuk bergelar juara apabila menundukkan Newcastle 2-1, kata pengendalinya Mikel Arteta selepas dua jaringan lewat permainan memastikan kemenangan penting di St James’ Park awal pagi tadi.

Nick Woltemade meletakkan Newcastle di depan pada babak pertama, namun kebangkitan dramatik Arsenal hadir apabila Mikel Merino menanduk masuk gol penyamaan minit ke-84 sebelum Gabriel Magalhaes memastikan tiga mata dengan jaringan dalam masa kecederaan (m-96).

Kemenangan ini hadir sehari selepas Liverpool mengalami kekalahan pertama musim ini di tangan Crystal Palace, sekali gus mengangkat Arsenal ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan hanya dua mata di belakang juara bertahan itu.

Arteta berkata, skuadnya sudah menunjukkan tanda-tanda mampu melangkah ‘ke tahap seterusnya’ dalam misi memburu kejuaraan pertama sejak tahun 2004.

“Kami berbincang bahawa untuk ke tahap seterusnya, anda perlu belajar daripada masa lalu.

“Kami sudah melalui detik sukar di stadium ini, tetapi hari ini adalah peluang untuk menunjukkan siapa kami, siapa yang kami mahu jadi, dan cara kami mahu bermain,” kata Arteta.

Arsenal menamatkan rekod buruk tiga kekalahan berturut-turut di St James’ Park, sekali gus menutup mulut pengkritik selepas gagal menewaskan Liverpool dan Manchester City pada awal musim.

Bagi Newcastle, luka lama berdarah kembali selepas sebelum ini tewas 3-2 kepada Liverpool hasil gol minit ke-100.

Pengendali Newcastle, Eddie Howe mengakui pasukannya masih belum mencapai prestasi musim lalu ketika mereka menjuarai Piala Liga dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3