Gol Watkins bantu Villa atasi Fulham

OLLIE Watkins menamatkan kemarau di depan gawang ketika Aston Villa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Fulham 3-1.

Ia juga kemenangan pertama pasukan itu dalam Liga Perdana musim ini.

Pasukan yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu itu memulakan saingan di zon penyingkiran selepas hanya meraih tiga mata daripada lima aksi liga.

Skuad kendalian Unai Emery sekali lagi bermula buruk apabila Raul Jimenez menanduk masuk hantaran Sasa Lukic dari sepakan sudut selepas hanya tiga minit permainan.

Fulham tidak bernasib baik apabila gagal menambah kelebihan mereka selepas setengah jam, dengan dua kali dinafikan penalti.

Penantian lama Watkins untuk mendapatkan gol menjadi faktor utama permulaan perlahan Villa musim ini.

Pemain antarabangsa England itu juga gagal menyempurnakan penalti pada aksi Liga Europa yang dimenangi mereka 1-0 mengatasi Bologna.

Bagaimanapun kemarau 11 perlawanannya berakhir apabila mengatasi Bernd Leno bagi menukar arah permainan sebelum tamat babak pertama.

Villa kemudiannya mengawal permainan dengan dua gol selepas rehat.

John McGinn meledak kencang ke penjuru gawang daripada luar kotak penalti bagi memberikan kelebihan buat tuan rumah.

Watkins kemudian membantu jaringan ketiga apabila hantaran leretnya disempurnakan Emi Buendia.

Kemenangan meletakkan Villa di tangga ke-16, dua mata di belakang Fulham, yang jatuh ke tangga ke-10.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman