Misi GSF masuk ‘zon kuning’, berisiko tinggi diganggu Israel

SEPANG – Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan memasuki ‘zon kuning’ dalam masa terdekat dan menghadapi risiko tinggi dipintas tentera Israel, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, status terkini kesemua 47 kapal itu serta 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, di Pusat Gerakan Sumud Nusantara di sini, hari ini.

Berdasarkan pengalaman misi terdahulu, Fahmi berkata, zon yang bermula 300 batu nautika dari Gaza itu mempunyai rekod insiden gangguan rejim Zionis dan jangkaan sama mungkin berlaku terhadap GSF kali ini.

“Ini adalah saat genting dan dijangkakan kemungkinan untuk berlaku pemintasan oleh pihak Israel itu adalah berkemungkinan besar.

“Memandangkan telah berlaku insiden di Tunisia dan beberapa insiden gangguan, kita perlu menjangkakan dalam zon kuning juga kemungkinan berlaku insiden,” katanya, lapor Bernama.

Fahmi berkata, kerajaan melalui Kementerian Luar sentiasa memantau pergerakan misi itu, bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia yang terlibat.

Wisma Putra juga katanya, bersedia memberikan maklumat mengenai sebarang perkembangan terkini.

Beliau berkata, kerajaan memberikan sokongan penuh kepada inisiatif GSF serta Sumud Nusantara.

“Kita berada dalam saat-saat yang sangat bersejarah, dunia tidak lagi akan berdiam diri membenarkan negara haram Israel dengan rejim Zionis untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,” katanya.

Terdahulu, Fahmi menerima taklimat terperinci mengenai status semasa misi tersebut dan berkesempatan untuk mengadakan panggilan video dengan tujuh warga Malaysia terlibat.

Related Posts

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

KUALA LUMPUR –  Penggunaan sistem digital dalam pembelian buku menjadikan pelaksanaan Baucar Buku MADANI merekodkan kejayaan luar biasa apabila mencatatkan kadar penebusan digunakan sepenuhnya untuk bahan bacaan ​Ketua Pegawai Eksekutif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta Sewa Beli 2026 berkuat kuasa esok, 11 institusi kewangan tawar pembiayaan baharu

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 entiti institusikewangan dan syarikat penyedia sewa beli telah bersedia sepenuhnya dan akan menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan yang termaktub Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan