Al Ittihad pecat Laurent Blanc

KELAB Arab Saudi, Al Ittihad memecat pengurusnya, Laurent Blanc hari ini selepas kekalahan 0-2 di tangan kelab diwakili Cristiano Ronaldo, Al Nassr.

Pembantu Blanc, Hassan Khalifa akan mengambil alih tugasan sehingga diberitahu, umum Al Ittihad di media sosial ketika kelab itu berada di tangga ketiga Liga Pro Saudi, tiga mata di belakang Al Nassr selepas empat perlawanan.

Blanc, 59, menyertai Al Ittihad pada 2024 selepas mengetuai kelab Ligue 1, Lyon.

Bekas pertahanan tengah itu pernah beraksi bersama Marseille, Inter Milan dan Manchester United.

Dia juga menjadi sebahagian pasukan Perancis yang menang Piala Dunia 1998 di laman sendiri tetapi tidak beraksi di final kerana dibuang padang pada separuh akhir menentang Croatia.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang