Naib Canselor UMS raikan kehadiran pelajar kembar di UMSKAL

LABUAN – Suasana pendaftaran pelajar baharu di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) hari ini menjadi lebih istimewa apabila Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor, meraikan kehadiran sepasang pelajar kembar yang turut mendaftar bagi sesi akademik 2025/2026.

Pasangan kembar dari Kudat, iaitu Sharifah Sahirah Azlan dan Sharifah Sakirah Azlan, memilih bidang pengajian berbeza namun sama-sama menjadikan UMSKAL sebagai destinasi untuk memulakan perjalanan akademik mereka.

Sharifah Sahirah, adik dalam pasangan itu, mengikuti program Teknologi Maklumat (Teknologi Multimedia) kerana melihat bidang berkenaan menawarkan peluang kerjaya yang luas serta relevan dengan perkembangan industri digital.

Sementara itu, kakaknya, Sharifah Sakirah, memilih program Pemasaran Antarabangsa dengan keyakinan kursus tersebut mampu membuka ruang kerjaya meluas dalam sektor perniagaan global.

Mengimbau perjalanan ke Labuan, pasangan kembar itu berkongsi pengalaman menaiki ‘speedboat’ dari Menumbok selepas dihantar sepupu mereka dari Kota Kinabalu, sebelum tiba di kampus menggunakan bas UMS.

Kasim selaku Naib Canselor UMS menzahirkan rasa bangga dengan semangat kedua-dua pelajar berkenaan yang sanggup merantau demi menimba ilmu.

“Kehadiran pelajar kembar ini melambangkan keyakinan masyarakat terhadap kualiti pendidikan di UMS.

“Walaupun mereka datang bersama sebagai pasangan kembar, setiap seorang mempunyai peluang untuk menyerlah dalam bidang masing-masing,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Jelasnya, kehadiran pelajar kembar ini menjadi simbolik kepada keunikan pengambilan pelajar UMS tahun ini, sekali gus mencerminkan kepelbagaian serta komitmen universiti dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.

Katanya, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sejumlah 331 pelajar Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan 112 pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) telah mendaftar di UMSKAL, dengan angka dijangka terus meningkat menjelang penutupan pendaftaran esok.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang