RM3.5 juta bantu lindungi kebajikan pemandu hasil jualan NPI – Anthony Loke

SEBANYAK RM3.5 juta diperuntukkan tahun ini bagi menaja caruman pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau LINDUNG Kendiri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan serta keselamatan golongan berkenaan.

Beliau menjelaskan, dana berkenaan bukan daripada peruntukan kerajaan, sebaliknya hasil kutipan jualan Nombor Plat Istimewa (NPI) yang dilaksanakan kementeriannya.

“Hasil jualan NPI inilah yang membolehkan Kementerian Pengangkutan (MoT) melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan dan keselamatan jalan raya.

‘Usaha ini akan diteruskan agar sumber tersebut dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.

Anthony menegaskan, kebajikan penggiat industri pengangkutan darat sentiasa diberi keutamaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan menanggung 70 peratus caruman berkenaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula 1 Januari 2025, manakala baki 30 peratus ditanggung oleh MoT.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat