JKOM main peranan sebar maklumat dasar kerajaan, bantu tangkis persepsi negatif

LAWAS – Program Hasrat MADANI disifatkan sebagai platform penting bagi memastikan masyarakat Lawas mendapat maklumat tepat mengenai dasar dan inisiatif kerajaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, program seumpama itu wajar dilaksanakan secara berterusan di peringkat kampung agar pelbagai dasar serta bantuan kerajaan benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

“Ramai masyarakat terlepas peluang kerana maklumat tidak disampaikan dengan cara yang sesuai mengikut keperluan setempat. Program seperti ini amat penting untuk merapatkan jurang maklumat antara kerajaan dan rakyat, dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk bukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hasrat MADANI Daerah Lawas anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) di Dewan Tebingan Sungai, Kampung Kuala Lawas pada Ahad.

Awang Tengah yang juga Menteri Kedua Sumber Asli dan Pembangunan Bandar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menegaskan, JKOM perlu berperanan menangkis persepsi negatif masyarakat yang kini mudah terdedah kepada maklumat palsu di media sosial.

“Walaupun dunia semakin canggih dan maklumat tersebar dengan cepat, ada yang benar, ada yang tidak. Malah ada juga yang berbentuk fitnah hingga menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri turut menyokong Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kestabilan politik negara kekal terjamin kerana ia menjadi kunci utama pembangunan berterusan.

“Hayati sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan dengan semangat perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara. Malaysia teguh berdiri hasil kerjasama semua negeri termasuk Sarawak yang banyak menyumbang kepada kemerdekaan dan kesejahteraan negara,” tambahnya.

Related Posts

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) membawakan Festival Komuniti Havoc di Tawau dan Kota Kinabalu menerusi tayangan skrin besar sempena Piala Dunia FIFA 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu