20 pegawai Imigresen ‘counter setting’ dipecat, reformasi Kerajaan MADANI perangi rasuah dipuji

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI disifatkan terbukti berjaya menunjukkan kesungguhan dalam memerangi rasuah apabila 20 pegawai Jabatan Imigresen terlibat dalam skandal rasuah ‘counter-setting’ telah dipecat, manakala 227 individu lain sedang disiasat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memuji ketegasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras amalan jijik itu yang sekian lama menjejaskan integriti perkhidmatan awam.

Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP menegaskan, Kerajaan MADANI komited melaksanakan reformasi serta terus memerangi rasuah bagi melindungi wang rakyat yang diperoleh dengan susah payah.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekankan bahawa hanya dalam tempoh setahun yang lalu, Kerajaan MADANI melalui langkah-langkah antirasuah telah merampas aset haram bernilai lebih RM5 bilion.

“Ini bukan sahaja memulihkan wang rakyat, tetapi juga memberi isyarat kuat kepada dunia bahawa kerajaan kita tegas dan tidak berkompromi dalam memerangi rasuah. Usaha sebegini akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah global,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Menurut beliau, Akta Perolehan Kerajaan 2025 yang diluluskan dalam sidang Parlimen baru-baru ini bagi menghapuskan budaya pembelian melampau pada era pentadbiran lalu, mencerminkan komitmen teguh kerajaan terhadap reformasi dan integriti.

Kor Ming menegaskan, bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, Parlimen juga telah meluluskan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 yang bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi sehingga 25 peratus.

“Reformasi besar ini akan membantu memotong birokrasi dan membawa manfaat nyata kepada ekonomi pasaran dan rakyat.

“Dengan pembaharuan dan ketegasan yang ditunjukkan, Kerajaan MADANI yakin Malaysia mampu memperbaiki kedudukan CPI dan mencapai matlamat menjadi antara 30 negara paling rendah rasuah di dunia,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Imigresen mengesahkan sudah membuang kerja 20 pegawainya yang terbabit dalam kes salah laku rasuah di pintu masuk negara atau ‘counter setting’ bagi memperoleh habuan lumayan, manakala 227 lagi sedang disiasat bagi kesalahan sama sebelum tindakan lanjut dibuat.

Tindakan membuang kerja pegawai terbabit bagi tempoh 2022 hingga Rabu lalu itu dilakukan selepas mahkamah memutuskan mereka bersalah dalam kes itu, selain siasatan dalaman Jabatan Imigresen yang mengambil masa antara enam bulan hingga tiga tahun turut membuktikan mereka melakukan salah laku itu yang mencemarkan imej jabatan serta menjejaskan keselamatan negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, jumlah mereka yang dibuang kerja itu tidak termasuk pegawai Imigresen pengurusan profesional yang melakukan kesalahan sama kerana kes mereka terbabit dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

Related Posts

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya