Annuar Musa jangan jadi pengecut, sila perjelas kemelut Kampung Sungai Baru

PUTRAJAYA – Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa digesa untuk tidak menjadi pengecut dan harus tampil dalam memberi penjelasan di atas kemelut yang melanda Kampung Sungai Baru.

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), Syed Badli Shah Osman berkata, Annuar seharusnya mengambil rasa tanggungjawab susulan kelulusan pewartaan akta pengambilan tanah berlaku ketika beliau berkuasa.

“Adalah pengecut jika beliau terus mendiamkan diri sedangkan aktivis-aktivis pembangkang terus digerakkan untuk menyerang Kerajaan MADANI dalam isu ini.

“Beliau perlu menjelaskan bagaimana Akta Pengambilan Tanah boleh diwartakan pada Jun 2021 sedangkan ketika itu negara masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Parlimen juga tidak bersidang,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Syed Badli yang juga Ketua Cabang PKR Titiwangsa menegaskan, menjadi suatu perkara aneh sekiranya menteri tidak mengetahui tentang pewartaan itu seperti mana yang dijelaskan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim yang menuding jari ke arah Ketua Setiausaha Negara.

Menurut beliau, setiap tindakan eksekutif, terutamanya melibatkan pewartaan akta tertentu akan dilaporkan terlebih dahulu ke peringkat menteri yang terlibat sebelum dibawa ke pengetahuan Kabinet bagi diadakan perbincangan.

“Annuar perlu tampil beri penjelasan dan bukannya terus menerus mendiamkan diri seperti seorang pengecut.

“Bagaimana seorang menteri boleh berlepas diri dengan menyalahkan eksekutif sedangkan eksekutif hanya menjalankan tugas tanpa boleh melangkaui kuasa menteri.

“Pembangkang juga perlu berhenti menggunakan watak-watak tertentu dengan merekayasa naratif bertujuan menyalahkan Kerajaan MADANI kerana kemelut ini jelas berpunca ketika Kerajaan Perikatan Nasional memerintah.

Terdahulu, Shahidan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, beliau mahupun pendahulunya tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk meluluskan pengambilalihan tanah Kampung Sungai Baru.

Sebaliknya, beliau mendakwa, kuasa tersebut terletak pada Ketua Setiausaha Negara di samping Pejabat Tanah dan Galian juga mempunyai peranan dalam hal terbabit.

Beliau menjelaskan kuasa eksekutif berkaitan hal tanah di Wilayah Persekutuan telah diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri yang diketuai Ketua Setiausaha Negara sejak era Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi menteri.

Katanya, langkah itu dibuat bagi menyelaras urusan kerana hal tanah tidak berada di bawah bidang kuasa tunggal mana-mana agensi sahaja.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang