Inkues: Ibu minta diari Zara namun Ketua Warden serahkan kepada polis

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner pada Rabu diberitahu bahawa ibu kepada Allahyarhama Zara Qairina Mahathir iaitu Noraidah Lamat ada meminta diari milik anaknya pada 16 Julai lalu ketika berada di unit kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Warden asrama, Azhari Abd Sagap ketika diminta memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dalam prosiding inkues di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Jelasnya, permintaan itu dibuat ibu Zara di hadapan Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta seorang guru iaitu Asimah yang turut mengiringi ambulans pada pagi kejadian.

“Untuk pengetahuan, ibu Zara sendiri ada sebut pasal Zara ni suka menulis dan mahu dapatkan buku (diari) dia minta dengan kami pada 16 hari bulan masa di unit kecemasan.

“Dari situlah kami tahu Zara ada diari dan memang ibu ada cakap memang ada tiga buku.

“Kami yang saya maksudkan ialah saya, pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Cikgu Asimah yang ikut ambulans pada pagi itu,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Warden berkata diari itu tidak diserahkan kepada ibu Zara atas arahan Pegawai Penyiasat Polis.

Transkrip semasa sesi soal jawab

Shahlan (Peguam ibu Zara): Kenapa diari itu tidak diberikan kepada ibu Zara walaupun itu permintaan ibu Zara?

Azhari: Hasil siasatan sekolah pun mendapati pelajar ada bercerita mengenai diari Zara dan ada beberapa orang pelajar yang sudah pernah membaca diari Zara ini. Sebab ada page yang kami baca dalam diari ini dan dua page itu kami serah kepada polis, saya hantar melalui gambar saja.

Shahlan: Apa yang halang kamu beri diari itu kepada ibu?

Azhari: Asalnya memang saya mahu bagi kepada ibu Zara pada 17 Julai tapi semasa saya mahu ke hospital dan dalam perjalanan saya ke hospital, pegawai penyiasat arahkan saya simpan dulu diari itu.

Shahlan: Ada kamu beritahu kepada ibu Zara yang diari ini tidak boleh diberikan kepadanya?

Azhari: Saya beritahu kepada ibu Zara masa di wad dengan nada ‘minta maaf puan saya sudah serahkan diari itu kepada polis’. Itu yang saya ucapkan kepada ibu Zara.

Related Posts

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera