Kanak-kanak maut dibaham buaya di Kampung Empila

KOTA SAMARAHAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan maut akibat dibaham buaya ketika menebar jala di Kampung Empila pada pagi tadi.

Mangsa tersebut dikenali sebagai Arif Fahmi Aiman Mohd Tinggal, dilaporkan hilang kira-kira jam 7.53 pagi selepas saksi melihatnya tiba-tiba terjatuh dari perahu sebelum hilang dari pandangan.

Ketika kejadian, mangsa berada sekitar 10 meter dari sebuah bot pemancing yang turut menjadi saksi insiden ngeri itu.

Menurut saksi, jeritan mangsa kedengaran sebelum tubuhnya tenggelam ke dalam sungai. Saksi kemudian segera melakukan pencarian awal di kawasan tersebut sebelum menghubungi talian kecemasan.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan yang diketuai TPgB II Christian Olas bersama lapan anggota dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan menggunakan teknik ‘water surface searching’ dengan kekuatan sebuah jentera FRT, sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux serta sebuah bot penyelamat.

Pusat Gerakan Operasi Sarawak mengesahkan mayat mangsa akhirnya ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi terakhir dia dilihat. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada bahagian perut mangsa.

Difahamkan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini menambah kepada siri serangan buaya di kawasan perairan Sarawak yang sebelum ini turut membimbangkan penduduk setempat.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini