Gangguan bekalan elektrik, rakyat Tawau beli ‘Genset’

TAWAU – Gangguan bekalan elektrik yang melanda beberapa kawasan di Pantai Timur sejak Sabtu lepas menyebabkan beberapa individu membeli generator kecemasan (genset) di kedai elektrik dan membuat tempahan dari luar daerah.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press di sekitar Bandar Tawau mendapati terdapat bekalan elektrik di kawasan Hospital dan sebahagian premis penting seperti hotel terpaksa mengaktifkan genset bagi memastikan operasi tidak terhenti serta terdapat premis makanan dan salon tutup.

Bagaimanapun, aliran trafik dari Bandar Tawau ke Jalan Apas sejak tengah hari pada Rabu dilihat sesak memandangkan lampu isyarat di beberapa persimpangan utama tidak berfungsi selain tiada kelihatan anggota keselamatan khususnya trafik mengawal keadaan lalu lintas.

Hotel bertaraf dua dan tiga bintang sekitar Bandar Fajar juga dipercayai ‘Full House’ antaranya Herritage Hotel, Shervington Executive Hotel dan MB Hotel.

Pada masa yang sama, urusan jual beli hanya boleh dilakukan secara ‘cash only’ atau tunai di samping pembelian genset ketika ini amat terhad dan kebanyakannya kehabisan stok serta turut berlaku peningkatan harga.

Seorang penduduk Batu 15 Kampung Wawasan, Nanie Resnawati, 39, berkata, catuan bekalan elektrik selama lima hari dan amat panjang mendorongnya untuk membeli generator.

“Kami menggunakan generator ini untuk memudahkan kerja di rumah, saya beli 2000w harga RM1,550.

“Terpaksa beli sebab catuan bekalan elektrik tidak sama dengan yang dikeluarkan pihak Sabah Electricity dan untuk menampung kegunaan kami empat orang.

“Apapun saya doakan pihak kontraktor ataupun Sabah Electricity yang bertugas membaik pulih kerosakan yang melanda warga Pantai Timur dipermudahkan dan dalam lindungan Allah,” katanya kepada The Malaysia Press, pada Rabu.

Pada Selasa, Sabah Electricity mengeluarkan jadual penggiliran bagi Pantai Timur khususnya Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu yang memperuntukkan bekalan elektrik diterima tiga jam bagi satu-satu kawasan.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun