POLRI mohon notis merah Interpol untuk Riza Chalid

JAKARTA – Polis Indonesia (POLRI) memohon Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) di Lyon, Perancis, mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid.

Ia susulan kes rasuah pengurusan minyak mentah, lapor Agensi Berita ANTARA.

Setiausaha Biro Pusat Nasional (NCB) Interpol Indonesia, Brigedier Jeneral Untung Widyatmoko, semalam berkata, Pejabat Peguam Negara (AGO) melengkapkan semua syarat permohonan itu minggu lalu.

“Kami segera menyerahkan permohonan notis merah Interpol (IRN) terhadap individu yang dimaksudkan (Riza Chalid),” katanya sambil menambah bahawa Interpol akan mengeluarkan notis itu selepas penilaian.

AGO menamakan Chalid – pemilik PT Orbit Terminal Merak – sebagai suspek dalam kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan di syarikat tenaga milik negara Pertamina serta Kontraktor Kontrak Kerjasama (KKKS) antara 2018 hingga 2023.

Dia juga berdepan pertuduhan dalam kes pengubahan wang haram.

Chalid dimasukkan dalam senarai orang paling dikehendaki AGO sejak 19 Ogos lalu.

Menteri Imigresen dan Pemasyarakatan, Agus Andrianto turut mengumumkan pasportnya dibatalkan.

Menurut Agus, Chalid dikesan berada di Malaysia selepas meninggalkan Indonesia pada Februari lalu.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama