Inkues Zara: Ketua Warden sahkan serah empat buku, 15 helaian tulisan tangan kepada polis

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner pada Rabu diberitahu bahawa tiga buah diari dan sebuah buku latihan milik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir serta 15 helaian kertas tulisan tangan telah diserahkan kepada polis selepas ditemukan guru-guru sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di asrama dan kelas.

Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap berkata, pada 16 Julai lalu kira-kira pukul 11.15 pagi, beliau dimaklumkan oleh seorang guru, Cikgu Gloria, mengenai penemuan dua diari berwarna hijau dan ungu di dalam almari milik Zara.

“Pada masa tersebut saya berada di Hospital Queen Elizabeth. Saya meminta Cikgu Gloria menyerahkan kedua-dua diari tersebut kepada Cikgu Yuslina,” katanya ketika membaca pernyataan saksi di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan semasa prosiding inkues kematian Zara di sini pada Rabu.

Beliau menambah, keesokan harinya, 17 Julai, kira-kira pukul 3.30 petang, ibu Zara memaklumkan mahu mengambil barang-barang anaknya di asrama.

“Saya meminta Cikgu Miswati membantu mengemaskan barang di almari Zara dan diletakkan di bilik isolasi di aras bawah asrama.

“Kemudian Cikgu Miswati memaklumkan telah menjumpai sebuah lagi diari berwarna coklat dan sebuah buku latihan milik Zara.

“Saya minta Cikgu Miswati menyerahkannya kepada Cikgu Yuslina,” katanya.

Menurut Azhari, pada 18 Julai lalu kira-kira pukul 8.30 pagi, beliau menerima empat buah buku daripada Cikgu Yuslina, sebelum menyerahkannya kepada pegawai penyiasat Inspektor Wong Yew Zhung daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Papar pada pukul 5 petang hari yang sama.

“Saya diminta menandatangani sehelai borang oleh Inspektor Wong selepas menyerahkan semua buku berkenaan,” jelasnya.

Katanya lagi, pada 19 Julai lalu kira-kira pukul 1 petang, beliau sekali lagi menerima 15 helaian kertas tulisan tangan Zara daripada Cikgu Yuslina.

“Cikgu Yuslina memaklumkan helaian itu ditemui oleh Cikgu Miswati pada pukul 8 pagi semasa pemeriksaan di rak buku kelas Zara.

“Saya menyerahkan helaian tersebut kepada Inspektor Wong pada pukul 3 petang hari sama,” katanya.

Related Posts

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberi jaminan aspek adaptasi perubahan iklim tidak diketepikan dalam Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN), sebaliknya menjadi sebahagian daripada kerangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3