Fitnah pendidikan tinggi: Pas hanya jual kebencian, bukan kebenaran

PAS sekali lagi membuktikan bahawa mereka sanggup menggadai kebenaran semata-mata untuk menghasut rakyat. Dalam Muktamar Pas ke-71, pembahasnya, Dr Haim Hilman Abdullah, menabur angka-angka sensasi kononnya 1.9 juta graduan Malaysia gagal mendapat pekerjaan setimpal.

Soalnya, dari mana datang angka ‘1.9 juta’ itu? Sedangkan laporan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) jelas menunjukkan kadar pengangguran negara hanya sekitar 3.3 peratus — bersamaan lebih 521,600 orang sahaja. Malaysia malah menjadi antara negara dengan kadar pengangguran paling rendah di rantau ASEAN.

Kenyataan Haim bukan sahaja bohong, malah satu penghinaan kepada graduan kita yang kini bekerja di sektor profesional, industri moden, dan ekonomi digital.

Menjual ketakutan tentang pelajar asing

Lebih menjijikkan, Pas memainkan sentimen perkauman sempit dengan menuduh pelajar China dan Bangladesh kononnya ‘merampas’ peluang anak tempatan.

Hakikatnya, 97 peratus tempat di universiti awam tetap diisi oleh pelajar tempatan. Pelajar antarabangsa pula membayar yuran lebih tinggi, menyumbang berbilion ringgit kepada ekonomi negara, dan menaikkan ranking universiti Malaysia di pentas dunia.

Tuduhan kononnya ’90 daripada 200 tempat kejuruteraan diberi kepada pelajar China’ hanyalah fitnah tanpa bukti. Tidak ada satu pun kenyataan rasmi universiti atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyokong dakwaan ini. Pas sekadar melontar angka kosong, berharap rakyat termakan.

Realiti yang Pas sembunyikan

  1. Kadar kebolehpasaran graduan Malaysia melebihi 80 peratus – majoriti mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.
  2. Universiti tempatan semakin melonjak dalam ranking antarabangsa hasil kerjasama dan kemasukan pelajar antarabangsa.
  3. Graduan asing yang bekerja di Malaysia tertakluk kepada undang-undang ketat bukan sesuka hati seperti yang digambarkan Pas.

Mengapa fakta ini tidak disebut Haim Hilman? Kerana Pas tahu, jika rakyat sedar akan pencapaian sebenar kerajaan, mereka tidak lagi akan percaya pada dongeng politik Pas

Pas: Politik hasut, bukan politik penyelesaian

Pas tidak pernah membawa solusi, sebaliknya hanya tahu meniupkan naratif kebencian dan ketakutan. Mereka menyerang KPT dengan angka palsu, menakutkan rakyat dengan isu pelajar asing, dan menyebarkan propaganda murahan kononnya anak muda tiada masa depan.

Realitinya, anak muda Malaysia semakin berjaya, malah peluang pekerjaan semakin berkembang dalam ekonomi digital, tenaga hijau, dan industri berteknologi tinggi.

Pas sekali lagi terbukti sebagai parti yang hanya tahu memutar belit fakta untuk meraih undi. Mereka bukan pejuang rakyat, tetapi peniaga politik yang menjual kebencian. Rakyat Malaysia, khususnya anak muda, tidak boleh terus ditipu dengan angka palsu dan naratif murahan Pas.

“Jenis tok lebai tok mampu buat pastu pitenoh orang lain, hok gining ke nok angkat jadi pemimpin?”

Related Posts

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

PELANTIKAN seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), Puan Ong Ling Loong, sebagai Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya diraikan sebagai satu perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik