Reformasi pengasingan kuasa pulihkan kepercayaan institusi kehakiman

KERAJAAN mengambil langkah melaksanakan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebagai usaha memulihkan imej pentadbiran serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman.

Pengamal undang-undang, Muhammad Zaim Azfar Jalaluddin berkata, langkah itu penting kerana Peguam Negara dilihat lebih cenderung kepada pihak kerajaan apabila menjalankan fungsi, terutamanya dalam urusan perundangan dan hubungan antarabangsa.

“Masa isu ini mula dibangkitkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said dan saya lihat ia satu cadangan yang baik.

“Kalau Pendakwa Raya tidak lagi terlibat dengan urusan-urusan kerajaan dan hanya fokus kepada kes jenayah, barulah sistem lebih telus,” katanya ketika ditemui oleh The Malaysia Press.

Minggu lalu, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju secara dasar untuk mengasingkan sepenuhnya peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan selepas pembentangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Muhammad Zaim menjelaskan, melalui langkah ini rakyat akan lebih yakin kerana tiada lagi ruang persepsi bahawa pendakwaan hanya menyasarkan pihak pembangkang atau bermotifkan politik.

“Kerajaan mahu menekankan inisiatif ini kerana tujuannya ialah memulihkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran.

“Malah, kesannya bukan sahaja untuk kerajaan sekarang, tetapi juga kepada kerajaan-kerajaan yang akan datang,” katanya lagi.

Katanya, penguatkuasaan kuasa ini hanya dapat direalisasikan kerana Kerajaan Perpaduan kini mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, sekali gus membolehkan pindaan Perlembagaan dilakukan.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills