‘Sejahtera Malaysia’ lagu ikon patriotik negara

PUTRAJAYA – Dalam ratusan lagu patriotik mewarnai kanvas seni tanah air, single meniup semangat perpaduan rakyat, iaitu ‘Sejahtera Malaysia’ kekal teguh sebagai naskhah keramat yang tidak lapuk ditelan zaman.

Meskipun generasi silih berganti dan rentak muzik patriotik semakin pelbagai, karya malar segar ini terus hidup di jiwa rakyat, menjadi nadi penyatu semangat cintakan negara.

Dengan melodi harmoni dan bait lirik sarat makna, ‘Sejahtera Malaysia’ bukan sekadar sebuah lagu, sebaliknya doa kolektif buat tanah air tercinta.

Pengarah Muzik yang juga pemimpin orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail berkata, kekuatan lagu itu terletak pada melodinya yang dicipta dengan formula malar segar sehingga mampu bertahan merentas generasi.

“Ciptaannya bersifat abadi. Kalau dimodenkan sekalipun, ia tetap segar dan tidak ketinggalan zaman.

“Sama seperti lagu patriotik ikonik ‘Tanah Pusaka’ dan ‘Setia’… melodinya cukup kuat hingga meremangkan bulu roma.

“Walaupun berentak balada, lagu ini punya aura luar biasa untuk membakar semangat sesiapa saja yang mendengar,” katanya kepada Berita Harian.

Mokhzani menambah, lagu ‘Sejahtera Malaysia’ bukan sekadar karya hiburan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada identiti bangsa.

Bahkan, pemilihannya dalam acara rasmi dan pertandingan jelas menunjukkan kedudukan istimewa lagu ini dalam hati rakyat.

“Bahasanya tidak terlalu puitis, namun tetap sarat makna hingga mampu meresap ke jiwa.

“Malah, boleh dikatakan kedudukannya hampir setara dengan lagu kebangsaan kerana roh dan semangatnya begitu kuat,” ujarnya.

Mengimbau sejarahnya, Mokhzani berkata, lagu itu adalah hasil ciptaan komposer seberang, Andi Nasution, manakala lirik ditulis bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat atau lebih popular dengan panggilan Tok Mat.

“Saya terima skor muzik lagu itu daripada arwah Tok Mat ketika baru menyertai RTM. Nama yang tertera ialah Andi Nasution.

“Arwah memang menggemari karya dari Indonesia. Jika menyanyi sekalipun, beliau lebih cenderung kepada lagu keroncong.

“Mungkin ketika berkunjung ke republik itu, beliau tertarik dengan melodi ini.

“Lirik ‘Sejahtera Malaysia’ pula adalah nukilan arwah Tok Mat sendiri kerana semakan dengan Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) menunjukkan nama beliau tercatat sebagai penerima royalti,” katanya.

Pada awalnya, lagu ini disampaikan penyanyi Roy sebelum diberikan kepada lima penyanyi wanita popular berbilang bangsa iaitu Azlina Aziz, Allahyarham Rohana Jalil, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Elaine Kang dan Desiree De Silva.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu