Akhbar lama 1963 jadi tarikan pengunjung Hari Malaysia

BUTTERWORTH – Koleksi akhbar sepanjang tahun 1963 menjadi antara tarikan utama pengunjung reruai Kerajaan Negeri Pulau Pinang sempena sambutan Hari Malaysia 2025 di sini hari ini.

Lembaran sejarah dalam naskhah lama itu membawa pengunjung menelusuri momen penting pembentukan Malaysia yang jarang ditemui pada masa kini.

Pustakawan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), Azizah Zainon berkata, pameran tersebut memberi peluang kepada orang ramai mendekati bahan rujukan klasik sambil memahami peranan perpustakaan dalam menyimpan khazanah negara.

“Kita tampilkan konsep era pembentukan Malaysia, bukan sahaja melalui akhbar lama tetapi juga peralatan, pakaian, buku dan bahan bacaan yang ada dalam simpanan perpustakaan.

“Sejak jam 9 pagi, staf kami tidak putus melayan pengunjung yang ingin melihat koleksi ini. Ia pengalaman berharga kerana orang ramai dapat melihat sendiri bahan sejarah yang jarang dipamerkan,” katanya ketika ditemui di PICCA Convention Centre dekat sini hari ini.

Tambahnya, ramai pengunjung teruja melihat akhbar lama dari Januari hingga Disember 1963 yang dipamerkan dalam bentuk asal iaitu ‘broad sheet’.

Menurut Azizah, antara koleksi dipamerkan termasuk The Echo Straits Times Of Malaya terbitan tempatan di Pulau Pinang serta Straits Times Singapura yang memaparkan kronologi sepanjang 1963 berkait pembentukan Malaysia.

“Melalui pameran ini, kita mahu masyarakat tahu bahawa sumber maklumat masih ada di perpustakaan, mudah dicapai dan boleh dimanfaatkan untuk mencari pengetahuan baharu,” katanya.

Pengunjung yang hadir turut mengakui koleksi tersebut memberi ilmu serta pengalaman baharu kerana dapat menyentuh sendiri bahan bacaan yang dianggap ‘rare collection’ dalam dunia penerbitan.

Pameran itu menjadi medan penghubung antara generasi muda dan lama selain melihat sendiri peristiwanyang dirakam dokumen lama sebelum, semasa dan selepas pembentukan Malaysia.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan