Ubi kayu, kopi O gamit kenangan lama

BUTTERWORTH – Pulut ikan masin, ubi kayu rebus dan secawan kopi panas menjadi penghubung kenangan antara generasi lama dengan generasi muda di sini.

Reruai Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikelolakan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) bertemakan Menyelusuri Zaman antara segmen yang mencuri tumpuan sempena sambutan Hari Malaysia 2025 di sini hari ini.

Pustakawan PPAPP, Azizah Zainon berkata, inisiatif memperkenalkan makanan tradisional bukan sekadar untuk dilihat, malah boleh dirasa serta menjadi ruang ilmu dan perkongsian pengalaman antara generasi.

“Apabila datuk bercerita kepada cucu bagaimana pulut dimakan bersama ikan masin atau ubi kayu dicicah sambal, ia bukan sekadar cerita makanan, tetapi sejarah kehidupan yang patut dikenang,” katanya pada program di PICCA Convention Centre dekat sini.

Suasana program itu turut menyaksikan warga emas berkongsi kisah hidup mereka dengan anak muda yang teruja mendengar cerita sambil menikmati makanan tradisi tersebut.

Seorang pengunjung, Ooi Tee Kang, 66, dari Kulim, Kedah berkata, ubi kayu bersama kelapa parut dan gula merah bukanlah asing dalam kehidupannya sejak kecil.

“Dulu saya membesar bersama rakan-rakan berbangsa Melayu. Kami makan, bermain dan tinggal bersama, jadi makanan tradisional seperti ini bukan sesuatu yang janggal,” ujarnya.

Dia menegaskan perkongsian makanan tradisional membuka ruang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk memahami budaya antara satu sama lain dengan lebih dekat.

“Bila orang Cina makan ubi kayu rebus, bila orang Melayu merasa kuih bulan, di situlah lahirnya hormat dan persahabatan. Saya percaya inilah kunci perpaduan sebenar,” jelasnya.

Menurutnya, pengisian sebegini wajar diteruskan kerana memberi ilmu baharu serta mengukuhkan hubungan kaum yang telah terjalin erat sejak sekian lama.

Tee Kang turut berharap sempena Hari Malaysia 2025, masyarakat berbilang kaum di negara ini terus hidup dalam suasana harmoni serta memilih perbincangan sebagai jalan penyelesaian tanpa perlu berlakunya pertelingkahan.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

TAWAU – Seorang graduan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 4.00 memerlukan sokongan dana sebanyak RM20,000 bagi menampung kos visa sebelum melanjutkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK