LAHAD DATU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua pesara agensi kerajaan negeri kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan projek pembersihan kawasan dan penanaman kelapa tacunan kira-kira RM6,000.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berumur 60-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah Cawangan Lahad Datu.
“Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 semasa masih bertugas di sebuah agensi kerajaan.
“Siasatan awal mendapati mereka telah mengemukakan tuntutan bagi projek pembersihan kawasan dan penanaman kelapa tacunan yang tidak dilaksanakan namun dibayar dengan jumlah kira-kira RM6,000,” katanya.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah turut mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Difahamkan, kedua-dua suspek dijangka akan didakwa dalam masa terdekat.
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur
MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…
Lebih lanjut





