Bil air naik, rakyat Terengganu terhimpit – manifestasi gagalnya pentadbiran Pas

RAKYAT Terengganu sekali lagi menjadi mangsa pentadbiran yang gagal. Terbaharu, data rasmi menunjukkan bil air bulanan rakyat meningkat mendadak daripada RM33.15 pada 2018 kepada RM72.30 pada 2025 – kenaikan lebih dua kali ganda hanya dalam tempoh tujuh tahun.

Persoalannya, apa hasil yang rakyat nikmati daripada kenaikan ini? Bekalan air masih kerap terputus, paip berkarat tidak diganti, dan mutu perkhidmatan jauh daripada memuaskan. Tetapi rakyat dipaksa membayar bil yang semakin melambung tinggi.

Janji kebajikan, hakikatnya beban

Pas sering melaungkan kononnya merekalah ‘pembela rakyat’. Namun hakikat yang berlaku di Terengganu, rakyat dibebani dengan bil air paling tinggi dalam sejarah negeri. Jika benar pentadbiran Pas menjaga kebajikan rakyat, kenapa asas kehidupan seperti air bersih pun gagal diuruskan?

Kenaikan bil air ini bukan sekadar angka. Ia cerminan kegagalan urus tadbir. Slogan ‘Merakyatkan Pemerintahan’ hanya tinggal retorik yang dirakyatkan hanyalah beban bil, bukan kesejahteraan rakyat.

Pas gagal, rakyat jadi mangsa

Di negeri-negeri lain, walaupun berdepan kos operasi yang meningkat, Kerajaan Negeri tetap mencari jalan untuk memastikan rakyat tidak terbeban. Tetapi di Terengganu, Pas memilih jalan mudah naikkan tarif, lepas tangan terhadap masalah asas.

Rakyat masih terbeban dengan pelbagai kenaikan yang diumumkan Kerajaan Negeri termasuk cukai tanah dan lain-lain, inikah yang Pas banggakan sebagai ‘pemerintahan Islam’? Islam mengajar menjaga kebajikan rakyat, bukan menekan rakyat dengan bil yang mencekik.

Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat sedang berusaha menurunkan kos sara hidup melalui pelbagai inisiatif, dari kawalan harga barang, bantuan subsidi bersasar, hingga kepada inisiatif ekonomi baharu untuk menjana pendapatan rakyat.

Sedangkan di Terengganu, Pas gagal mengurus satu perkara asas – air. Rakyat tidak mahu alasan. Rakyat mahu penyelesaian.

Rakyat wajar menilai

Kenaikan bil air ini adalah bukti jelas kegagalan Pas dalam mengurus tadbir negeri. Jika isu sekecil air pun tidak mampu diurus, bagaimana Pas mahu bercakap tentang memimpin Malaysia?

Sudah tiba masanya rakyat Terengganu menilai semula. Jangan biarkan parti yang gagal ini terus menekan rakyat dengan beban kos hidup. Rakyat perlukan kerajaan yang benar-benar peduli, bukan hanya pandai beretorik di pentas ceramah.

Air adalah hak rakyat. Jangan biarkan Pas terus merompak hak ini dengan alasan kosong.

“Berat nanang lah, cukai tanoh doh lah naik doh baru ning, ni air pulok, basak ngat kerajaan negeri lening sapa peroh duit rakyat, kabo kerajaan teknokrat MB bijok, doh mane gi dok kabo kerajaan negeri terbaik bantu rakyat, bonus TCS MADANI beri.”

Related Posts

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Oleh: Moaz Nair BERPOLITIK atas nama agama dan bangsa tidak sepatutnya dilakukan dengan menabur fitnah atau melemparkan tuduhan melulu terhadap mana-mana kaum. Tular baru-baru ini dakwaan oleh seorang pemimpin agama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

SAYANG seribu kali sayang, sudah ada kelebihan namun tidak digunakan. Begitulah boleh diumpamakan terhadap sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat ketika ruang untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat