Pas hanya jaga statistik, bukan tanah berkepentingan Melayu

RAKYAT Terengganu dikejutkan dengan fakta yang tidak lagi boleh disembunyikan. Di bawah pemerintahan Pas sejak 2018, lebih separuh tanah berkepentingan Melayu di negeri ini lenyap. Bukan sedikit — lebih 461,000 hektar hilang begitu sahaja.Perkara ini didedahkan melalui laman Facebook Penerangan UMNO Marang mengejutkan semua pihak.

Namun, seperti biasa, Pas cuba bermain silap mata. Mereka menonjolkan angka kecil peningkatan Tanah Rizab Melayu (TRM) sebanyak 1,542 peratus daripada 118 hektar kepada 1,938 hektar kononnya sebagai bukti kejayaan. Tetapi apa yang mereka sembunyikan jauh lebih besar: penyusutan mendadak Tanah Pegangan Melayu (TPM), tanah warisan bangsa yang luasnya ratusan ribu hektar, jatuh merudum sehingga lebih separuh hilang.

Pas hanya mahu rakyat melihat angka yang ‘cantik’, sedangkan kebenaran yang pahit ditutup rapat. Inilah taktik ‘gaslighting’ — memperdaya rakyat dengan statistik separuh masak.

Hakikat yang disembunyikan

Terengganu memiliki dua kategori tanah untuk menjaga hak Melayu:

  1. Tanah Rizab Melayu (TRM) – kuasa Persekutuan, termaktub dalam Perlembagaan.
  2. Tanah Pegangan Melayu (TPM) – kuasa negeri, diwujudkan sejak 1941 melalui enakmen khas.

Kedua-duanya berfungsi sama: melindungi tanah orang Melayu. Tetapi, Pas hanya bercakap tentang TRM yang kecil, seolah-olah itu sahaja ukuran. Realitinya, rakyat perlu menilai jumlah keseluruhan tanah Melayu (TRM + TPM), dan inilah angka yang membongkar kegagalan besar mereka.

Kegagalan Samsuri dan Pas

Sejak tahun 2018 hingga 2024, jumlah tanah Melayu di Terengganu jatuh lebih 53 peratus. Daripada 865,000 hektar, kini tinggal sekitar 403,000 hektar.

Apa maknanya? Maknanya di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, tanah Melayu semakin berkurang, bukan bertambah seperti yang didendangkan Pas.

Bagaimana sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Melayu-Islam boleh membiarkan tanah warisan bangsa terhakis begini? Jawapannya jelas — kerana perjuangan mereka hanyalah slogan, bukan tindakan.

Rakyat dimanipulasi

Pas menyangka rakyat Terengganu mudah diperdaya. Mereka menganggap kita tidak membaca, tidak mengkaji, dan hanya menelan bulat-bulat apa yang diumumkan.

Tetapi rakyat hari ini semakin celik. Fakta dan angka tidak lagi boleh disorok. Kebenaran akhirnya terbongkar: Pas gagal menjaga amanah tanah Melayu!

Tanah Melayu adalah hak warisan bangsa yang mesti dipertahankan dengan integriti, bukan dijadikan bahan manipulasi politik. Negeri ini tidak boleh terus dipimpin oleh mereka yang bersembunyi di sebalik angka separuh benar, sambil membiarkan lebih separuh tanah kita hilang begitu sahaja.

Cukuplah rakyat diperdaya. Kita perlukan kepimpinan yang benar-benar ikhlas menjaga hak Melayu, bukan sekadar pandai bermain statistik.

Pas boleh sembunyi di balik angka, tetapi kebenaran tetap terserlah: Tanah Melayu makin hilang di bawah mereka.

“Set pioh atah paler ning memang kaki pelawok sungguh, tubik mulut Islang blake tapi nipu atah darat kering sek-sek ning.”

Related Posts

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Oleh: Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff LAGI ramai orang bayar cukai pendapatan, lagi ramai yang sensitif dengan kewangan kerajaan. Diagnosis saya mengapa tidak ramai orang yang sensitif dengan skandal kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7