Pemahaman sejarah terhadap anak muda perlu diperkasa secara holistik – PMX

PUTRAJAYA – Pemahaman sejarah negara dalam kalangan anak muda perlu diperkasakan bagi memupuk minat terhadap perkara terbabit, meskipun negara rancak bergerak ke arah era digital dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah bukan sekadar disiplin ilmu tetapi kunci membina naratif kebangsaan yang mampu memupuk semangat patriotisme serta anak muda akan berada di landasan tepat dalam mendepani cabaran semasa negara.

“Cabaran kita adalah bagaimana kita boleh bangunkan naratif kebangsaan yang boleh menembus rintangan yang ada agar kecelikan sejarah atau literasi sejarah itu juga boleh berkembang dalam kalangan generasi muda dan masyarakat.

“Saya melihat kadang-kadang perbincangan dalam negara seperti sekarang, di mana kita banyak menitip mengenai digital, AI, semikonduktor, teknologi baru. Itu kadang-kadang meremehkan peranan sejarah.

“Sedangkan kalau kita belajar AI itu sendiri, AI akan berjaya kalau kita faham nilai akhlak dan sejarah kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran, Penyampaian Watikah dan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara, pada Isnin.

Turut hadir sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam mendukung hasrat Malaysia menjadi peneraju transformasi digital dan AI, negara mesti mempunyai kekuatan dalaman berasaskan pelbagai disiplin termasuk sejarah, budaya, bahasa, agama serta nilai.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, aspek historiografi juga penting kerana disiplin itu bukan sahaja mengupas penafsiran dan analisis sejarah, malah mengkritik dan mencabar pandangan sejarawan itu sendiri.

“Saya tidak fikir Majlis Sejarawan (Negara) ini percubaan untuk meluruskan sejarah Malaysia kerana karya awal sudah banyak mendukung konsep ini.

“Tugas kita adalah menanggung kekuatan ini, terus berwacana dan memberi nasihat kepada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut melahirkan kebimbangan terhadap minat membaca dan kecenderungan generasi muda terhadap sejarah yang semakin longgar.

Beliau berkata, meskipun teknologi baharu seperti AI, matematik dan kejuruteraan sangat penting, tamadun tetap tidak akan tertegak dengan teknologi semata-mata.

“Kita ada budaya, sejarah dan sastera. Ini tiang seri tamadun. Tamadun tertegak dengan budaya, dengan sejarah dan ketinggian nilai. Tamadun yang kita bina mestilah tamadun Malaysia,” katanya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu