MoF rayu pengguna buat aduan peniaga naikkan harga barang

PUTRAJAYA – Orang ramai disarankan untuk membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika terdapat peniaga menaikan harga barang ketika pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedang dijalankan ketika ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, tindakan itu membolehkan siasatan segera dilakukan dan masyarakat awam boleh melaksana perkara itu melalui beberapa saluran KPDN seperti portal e-Aduan KPDN di https://eaduan.kpdn.gov.my/, talian WhatsApp di 019-848 8000, atau pusat talian di 1-800-886-800.

Menurutnya, Kementerian Kewangan (MoF) mengambil maklum berkenaan hantaran-hantaran media sosial berkaitan tindakan menaikkan harga oleh segelintir peniaga sempena Penghargaan SARA yang diberikan kepada masyarakat awam.

“Sekiranya perkara ini berlaku, siasatan dan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 boleh dilaksanakan.

“Kerajaan Madani akan menyiasat aduan bahawa terdapat kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Penghargaan SARA. Dalam masa yang sama, kerajaan menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima manfaat.

“Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, hari kelapan pelaksanan SARA semalam berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM102.5 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam.

Kementerian Kewangan berkata, kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.9 peratus bagi dua hari berturut-turut.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tujuh hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan