Seorang maut, tiga cedera dalam kejadian tertimbus pasir rebak

PARIT – Seorang pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas tertimbus dalam kejadian tanah rebak ketika kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip di Kampung Teluk Kepayang, Bota, di sini petang Ahad.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar segera dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 19 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati tiga mangsa tertimbus separuh badan sehingga paras dada, manakala seorang lagi tertimbus sepenuhnya dalam tanah pada kedalaman dianggarkan tiga meter,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, maklumat awal saksi mendapati kejadian berlaku selepas dua pekerja menyedari tanah di sekeliling kawasan korekan mula merebak lalu runtuh ke dalam longkang yang sedang dikorek.

Bagi operasi menyelamat, anggota bomba menggunakan pelbagai peralatan termasuk penyodok, cangkul, ‘crowbar’, alat menyelamat, ‘scoop stretcher’ serta bantuan jengkaut.

“Tiga mangsa berusia lingkungan 28 hingga 38 tahun yang tertimbus pada paras dada berjaya dikeluarkan sekitar jam 6.30 petang.

“Manakala seorang lagi mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 7.59 malam, namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” jelasnya.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala jenazah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mustaza Shahfri bersama lapan anggota berakhir sepenuhnya pada jam 8.40 malam.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills