Bersatu sudah lama retak menanti belah – Penganalisis politik

PENOLAKAN terbuka terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 pada Sabtu dilihat sebagai tanda perpecahan dalaman yang sudah lama wujud dalam parti itu.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, apa yang berlaku semalam hanya mengesahkan desakan lama yang sebelum ini tidak pernah diperdengarkan secara terbuka.

“Tidak memeranjatkan bagi kumpulan yang mahu melihat pertukaran pucuk pimpinan Bersatu kerana perkara ini memang sudah berlaku sejak sekian lama.

“Tetapi Muhyiddin masih bertahan dan mendapat sokongan daripada Majlis Tertinggi Bersatu,” katanya kepada The Malaysia Press pada Ahad.

Laungan ‘Turun Tan Sri’ yang berselang-seli dengan sorakan ‘Hidup Tan Sri’ mencetuskan suasana kecoh pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada Sabtu.

Insiden itu berlaku ketika Muhyiddin sedang menyampaikan Ucapan Dasar Presiden, menyebabkan sesi berkenaan terhenti seketika selama beberapa minit.

Namun begitu, Azmi mengakui apa yang berlaku semalam agak mengejutkan kerana dilakukan secara terbuka.

“Tapi apa yang berlaku semalam adalah dikatakan secara terbuka agak mengejutkan kerana mereka dikatakan membuatnya secara terbuka. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi kumpulan yang mahu melihat Muhyiddin berundur memberitahu secara langsung kepada beliau, kerana selama ini Muhyiddin tidak mahu mendengar desas-desus di bawah bahawa perlu ada pertukaran pucuk pimpinan,” katanya.

Menurut beliau, tindakan itu adalah permulaan kepada gerakan terbuka yang lebih tersusun dan pasti akan berlarutan.

“Jika ada perbahasan, perwakilan sudah pasti akan menyentuh isu ini. Hakikatnya semalam bermulanya gerakan secara terbuka mahu menukar pucuk pimpinan dan ini tidak akan berhenti setakat semalam sahaja tetapi akan berleret selepas ini,” katanya.

Azmi turut menjelaskan bahawa percaturan dalaman antara penyokong dan penentang Muhyiddin akan menentukan kedudukan sebenar Presiden Bersatu itu dalam masa terdekat.

“Pihak penyokong Muhyiddin akan mengambil tindakan terhadap pihak yang satu lagi. Jadi akan berlaku pertempuran dalaman sama ada untuk memaksa Muhyiddin berundur atau untuk mempertahankannya sebagai Presiden Bersatu. Jadi bagi saya tidak menghairankan, cuma yang sedikit menghairankan adalah dilakukan secara terbuka,” katanya.

Beliau berpendapat perkembangan ini membuktikan bahawa Bersatu kini berada di ambang krisis kepimpinan yang paling getir sejak ditubuhkan.

Related Posts

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

IPOH – DAP Perak menegaskan pendirian untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa bagi memastikan kestabilan politik, meneruskan agenda reformasi serta menunaikan mandat yang diberikan rakyat. Ketetapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

PUTRAJAYA – Keputusan Tabung Haji (TH) meneruskan proses pembelian Putrajaya Perdana Bhd  pada 2014 dalam tempoh syarikat itu dikatakan masih berada di bawah kawalan Jho Low membuktikan wujudnya keraguan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

  • By Ithma
  • August 13, 2026
MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP