Sijil halal tidak perlu dalam pentadbiran negara – JAKIM

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan pensijilan halal untuk aspek pentadbiran negara tidak berbangkit kerana bidang tersebut telah ditangani melalui mekanisme berautoriti sedia ada.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, adalah penting untuk membezakan antara konsep halal yang bersifat menyeluruh serta meliputi keadilan sosial, integriti dan tadbir urus yang baik dengan proses pensijilan halal.

Menurutnya, pensijilan halal merupakan proses rasmi negara bagi menjamin keyakinan umat Islam terhadap industri halal yang sentiasa mematuhi piawaian syariah, namun ia tidak perlu dikaitkan dengan urusan tadbir urus negara.

“Dalam konteks tadbir urus negara, tanggungjawab membanteras rasuah, memperkukuh integriti dan memastikan keadilan terlaksana merupakan mandat semua jabatan dan kementerian.

“Komitmen ini sejajar dengan arahan Perdana Menteri kepada semua jabatan untuk menangani rasuah, memperkukuh integriti nasional serta meningkatkan tatakelola negara yang telus dan beramanah.

“JAKIM akan berterusan menyampaikan mesej moral dan syariah berhubung rasuah, salah guna kuasa dan pengkhianatan amanah melalui khutbah Jumaat, program pembangunan ummah, kempen kesedaran dan pelbagai saluran medium dakwah termasuk media baharu dan konvensional,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, Sirajuddin menegaskan,
Kerajaan MADANI melalui JAKIM akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan semua pihak.

“Ia bukan sahaja untuk mengekalkan pensijilan halal Malaysia sebagai penanda aras antarabangsa, tetapi juga dalam memperkasa pendidikan Islam, pembangunan ummah, dakwah serta institusi keluarga.

“Segala usaha ini menzahirkan komitmen berterusan terhadap kesucian, kebersihan, keadilan dan integriti, selaras dengan tuntutan syariah dan aspirasi negara,” katanya.

Terdahulu, beliau menerangkan, proses pensijilan halal merupakan mekanisme rasmi negara bagi menjamin keyakinan pengguna Islam serta mengawal selia industri halal.

Sirajuddin memaklumkan, perkara itu agar pihak yang bertanggungjawab sentiasa mematuhi standard, piawaian dan tuntutan syariah yang merentasi sektor makanan, farmaseutikal, kosmetik, logistik dan sembelihan halal.

“Tanpa pensijilan halal yang sah, masyarakat Islam berisiko berhadapan kekeliruan, manipulasi pasaran dan eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

“JAKIM akan terus fokus memastikan pensijilan halal kekal unggul di samping memperkukuh peranan dakwah dan pendidikan dalam menegaskan larangan syariah terhadap rasuah, salah guna kuasa dan pengkhianatan amanah,” katanya.

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor