Messi sumbang dua gol terakhir untuk Argentina

LIONEL Messi meledak dua gol penuh emosi ketika membantu Argentina menewaskan Venezuela 3-0 pada aksi kelayakan terakhir di laman sendiri awal pagi tadi.

Jaringan pada minit ke-39 dan 80 itu diraikan bersama 80,000 penyokong di Stadium Mas Monumental yang jelas mahu mengabadikan memori terakhir kelayakan di depan legenda mereka.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mengakui dia sudah merancang untuk merehatkan Messi pada perlawanan menentang Ecuador minggu depan.

“Dia berusaha terlalu keras dan layak berehat serta bersama keluarga.

“Messi sangat letih, dia patut dikeluarkan, tetapi dia enggan kerana emosi perlawanan ini begitu luar biasa,” kata Scaloni.

Di Montevideo, Uruguay turut mengesahkan tiket ke Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico selepas membenam Peru 3-0 dengan jaringan Rodrigo Aguirre, Giorgian de Arrascaeta dan Federico Vinas.

Colombia pula tidak berdepan masalah menundukkan Bolivia 3-0 hasil sumbangan James Rodriguez, Jhon Cordoba serta Juan Fernando Quintero.

Paraguay melengkapkan senarai pasukan mara apabila seri tanpa jaringan menentang Ecuador, sekali gus kembali ke pentas Piala Dunia selepas kali terakhir pada 2010.

Related Posts

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

MOHAMAD Aniq Kasdan menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas muncul juara kategori 60 kilogram (kg), lewat petang tadi. Atlet berusia 24 tahun itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu