Al-Sultan Abdullah titah semua pihak junjung prinsip keadilan

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua pihak menjunjung prinsip keadilan dalam segenap urusan demi keamanan negara.

Baginda bertitah, sejarah Islam membuktikan keadilan adalah tonggak perpaduan apabila Rasulullah sendiri memimpin masyarakat Madinah yang berbilang agama dengan penuh hikmah melalui Piagam Madinah.

“Saya menyeru para pemimpin, ulama, penguat kuasa dan rakyat jelata supaya menjunjung keadilan dalam segenap urusan.

“Tanpa keadilan negara akan berpecah, tanpa kasih sayang, masyarakat akan rapuh.

“Islam datang sebagai rahmat untuk semua, bukan sekadar untuk satu bangsa atau kelompok,” titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda turut diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Al-Sultan Abdullah dalam masa sama, turut menzahirkan kegusaran terhadap peningkatan budaya perkauman sempit serta isu-isu 3R (agama, raja dan kaum) yang kian meruncing sejak kebelakangan ini.

Related Posts

Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan