Mustahil mesin basuh beroperasi dengan beban 53kg – Pakar Patologi

KOTA KINABALU – Mesin basuh domestik yang berada di Blok Rabiatul Adawiyah, Asrama Qurratu A’yun Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut, dipercayai tidak mampu beroperasi dengan beban 53 kilogram (kg).

Demikian kenyataan Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, yang memberitahu bahawa tidak mungkin mesin basuh boleh beroperasi dengan beban arwah Zara Qairina.

“Saya tidak memeriksa saiz tong. Saya dimaklumkan berat badan si mati ialah 53kg.

“Saya tidak tahu sama ada seseorang dengan berat 53kg boleh muat ke dalam mesin basuh,” katanya semasa prosiding inkues, di Mahkamah Koroner, pada Khamis.

Ia susulan pertanyaan pegawai pengendali Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad kepada beliau sama ada terdapat kemungkinan arwah Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Tambah Dr Jessie, di asrama tersebut memang mempunyai mesin basuh, namun beliau tidak dapat mengingati jumlahnya dan cuma menyatakan bahawa ada lebih daripada satu.

Jelasnya lagi, mesin basuh tersebut merupakan mesin basuh domestik, bukan industri.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu