Kerajaan MADANI komited perkukuh akses kesihatan mampu milik

PUTRAJAYA — Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia atas komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan perlindungan kesihatan mampu milik untuk rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Berucap pada mesyuarat kedua, penggal keempat Dewan Rakyat pada Khamis, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM180 juta bagi tahun 2025 untuk melaksanakan program bersasar seperti Peka B40 dan Skim Perubatan MADANI, yang membantu golongan B40 mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta rawatan penjagaan primer.

Selain itu, kerajaan kini sedang membangunkan produk asas Medical and Health Insurance/Takaful (MHIT) yang dijangka siap pada Disember 2025 dan dilancarkan pada akhir 2026. Produk ini bertujuan menstruktur semula penawaran insurans dan takaful kesihatan swasta bagi mengawal inflasi kos perubatan serta meningkatkan akses kepada perlindungan kewangan rawatan kesihatan.

“Produk asas MHIT akan memberi perlindungan minimum yang lebih inklusif supaya lebih ramai rakyat mampu mendapatkan rawatan perubatan swasta. Ia juga dijangka mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan awam,” jelas Chiew sambil menegaskan kepentingan capaian adil kepada rakyat Sarawak, termasuk di Miri.

Beliau menambah, kerajaan akan terus meneliti pelaksanaan dasar ini, termasuk kaedah harga, manfaat minimum dan bantuan bersasar, agar setiap rakyat benar-benar mendapat manfaat daripada reformasi sistem kesihatan negara.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel